salam persahabatan dan perkenalan

salam ukhwah buat sahabatku,

jazakallah kerana membaca apa yang tertulis di cahaya pembukaan ini

semoga antum akan mendapat keberkaan dari secebis ilmu ALLAH yang maha agung...

semoga kita dapat melihat bahawa ilmu dan kehebatan ALLAH iu tidak terbatas oleh manusia

akhirnya menyedari kita hanya hamba yang kedil dan hina

dan bertaubat akan kesalahan yang kita lakukan hari-hari kehidupan

insyaallah syurga kan menunggu kita semua......

amin ya RABB......

my beloved family

my beloved family

Friday, June 11, 2010

cabaran itu keindahan yang diciptakan

bismillahirrahmanirrahim

buat pembaca semua,
pada hari rabu yang lepas,
pukul 1.30malam

rumah ana dimasuki beberapa perompak...
alhamdulillah panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi keselamatan nyawa kami sekeluarga....tiada kemalangan jiwa mahupun dicederakan...

pada malam itu kami amat penat kerana baru pulang dari destinasi yang agak jauh...
tanpa berfikir panjang sebaik selesai menunaikan solat isya'
ana dan ibu ana tidur di ruang tamu, ayah ana diatas...

dengan perasaan yang amat penat, harapan tidur awal boleh memberi kesegaran pada keesokannya,
tapi kita hanya mampu merancang, tetapi segalanya ketentuaan ALLAH,
rumah kami dimasuki perompak,
menganmbil telefon bimbit ana dan ibu ana, laptop dan wallet...
sambil membawa parang yang kiranya tajam,
perompak tersebut cuba mengancam ibu ana,
tapi ALLAH itu maha BErKuasa...
parang itu tidak menyentuhi kulit tipis ini walau sedikitpun....
alhamdulillah...

trauma nya masih berbekas sehingga sekarang...
semoga antum yang membaca post ini mendoakan keselamatan kami sehingga akhir hayat..

kami menyedari mungkin kami terlalu leka lalu ALLAH memberikan ujian untuk kami sama ada kami masih mengharapkan pertolonganNYa atau sebaliknya...
pada malam itu sebelum kami tidur kami ada membaca surah yassin, mungkin ayat itulah yang menjaga kami...

bila dikenang kembali bagaimana kehidupan mereka di gaza,palestin..
pasti lebih teruk traumanya, tetapi misi hidup untuk menggapai syurga ALLAH itu telah tertanam di lubuk hatinya dari kecil. kekejaman manusia yang kami lalui pada malam itu mungkin hanya satu peratus kekejaman rejim zionis menyerang penduduk gaza..

semoga mendapat sesuatu kebaikan darinya,
dikala semua manusia berkiblatkan nafsu dan amarah,
kiata para daie jangan terikutkan mereka,
marilah kita terus memperjuangkan islam dengan kasih sayang.....

Monday, May 3, 2010

tarbiyah di bumi SAINSRI

salam buat para daie yang sedang membaca

pada bulan april yang lepas ALLHAMDULillah kami NUQABA' SAINSRI

berjaya melancarkan Syukbah Usrah

Bermula dengan pengenalan usrah oleh saudara izzudinn fahmi othman
seterusnya taaruf bersama ahli usrah sendiri...

Setelah itu setiap usrah diberikan tugasan untuk membuat satu army yell
usrah yang saya sendiri bawa bernama "KARI HAILAM"

Allahamdulillah usrah mendapat tmpt ke3 dalam persembahan army yell tersebut...

dua minggu setelah itu,
tajuk pertama dibentangkan kepada mereka...

oleh ketua dan penolong nuqaba'
Mohd ariff ismail dan nurul fatihah amir

" KONSEP SYAHADAH"

Ia bukan sekadar terkesan kepada bebudak tetapi kepada nuqaba sendiri...

apa yang ingin dikongsikan disini..
dalam konsep syahadah itu sendiri menceritakan tentang
Allah itu tempat penggantungan
Allah itu tempat untuk kita takuti
allah itu tempat untuk kita ikuti
Allah itu tempat untuk mencintai

manakala,

sebagai umat RASULULLAH seharusnya kita menyedari pengorbanna Rasul SAW membawa Islam kepada kita hari ini...

marilah kita mengambil sedikit pengajaran dari konsep syahadatin yang hanya sedikit dirungkaikan...

buat nuqaba' sainsri yang membaca..

" terlalu banyak perkara yang perlu lita korbankan untuk mencapai misi tarbiyah kita di sainsri. Perubahan yang besar bukan dapat dilihat dalam masa 2 atau 3 hari tetapi bertahun lamanya.

lihatlah perjuangan Rasulullah selama 13 tahun masih belum dapat mengambil hati manusia sekelilingnya seperti abu jahal, abu talib apatah lagi kita hanya sebagai umatnay. tanamkan rasa sabar, kerana Rasulullah bersabda 'UMAT YANG terbaik adalah umat yang beriman ketika mana aku tiada'"

wassalam..........

Saturday, March 27, 2010

nadwah kepemimpinan islam

alhamdulillah ............

pada 18/3- 21/3 ana dan sahabat nuqaba' sainsri telah pergi INTESABE untuk nki kali ke30.

bagi program nki ini benar2 mengubah minda ana sebagai daie biasa2 sahaja kepada yg benar2 bermakna....

semua penceramah dari awal kami datang sehingga lah malam kami pulang.

antara penceramah terlibat:

ustaz syaari ab rahman
dr harlina harliza siraj
ustzh kartini

dan ramai lagi...........

jadi terimas buat semua yang menjayakan program nki kali ke 30

semoga apa yang didapati dapat kita laksanakan bersama untuk mendaulahkan islam

Thursday, March 18, 2010

hari ini

bismillahirrahmanirrahim,

salam duat........

hari ini ku sedar siapa diri ku,

akulah hamba ALLAH yang diciptakannya penuh kelengkapan tanpa sedikit kekurangan.

aku telah diarahkan untuk senantiasa berzikir dan beribadah kepada ALLAH

dan aku juga diarahkan untuk memakmurkan bumi ini dengan syariat ISLAM

itulah tugas ku sebagai seorang hamba hanya perlu mengikuti apa yang disuruh oleh TUHANKU....

kelak pasti aku kan mendapat pujian, ketinggian di sisi TUHANKu.....

jadi mulai detik ini,

segala yang dilakukankan adalah kerana ALLAH sahaja

jika aku menjadi hamba fesyen, hamba game dan permainan,hamba kekayaan, hamba kepada dunia sementara, aku hanya kan dapat kebahagian sementara di penjara seorang mukmin...

dan aku tidak akan mendapat apa - apa dari TUHANKU.....

jadi duhai sahabat,marilah kita membangunkan OSLAM agar kita mendapat sesuatu dariNYA

Monday, March 15, 2010

syaitan laknatullah

bimillahirahmanirrahim,

salam duahai sahabat...............
hari perkonsian ana about bisikan syaitan laknatullah

pernah tak kita terasa.........

apabila tengok cerita.......
apabila tengok gambar duniawi........
apabila tengok konsert....
or sewaktu dengan nya...........

kita rasa kejap sangat
kita selalu cakap.........

eh cepatnye habis?
eh tak terasa la mase berlalu....
bile lagi ni........
rase selalu nak buat, nak tengok........kan?????

pernah tak kite terasa..........

apibila pergi kuliah......
apabila baca alQuran........
apabila tunaikan ibadah...........
atau yang merupakan kebaikan

kite rase lame sangat........
kite selalu terdetik.......

bile nak abihhhhhhh ni.......
dah...dah la tuh.......
mengantuk nyerrrrrrr........

ha.......

itulah yang kita katakan syaitan laknatullah.....
sentiasa mengajak manusia kearah kejahatan dan kejahilan
sedangkan menyurh kita membenci kebaikan dan amal soleh

so....... ayuh rakan dan teman ku
kita sama2 meningkatkan iman kita hingga kita mencapai kemanisan imna
supaya bisikan itu mampu kita tepis....

istighfarlah..........
ucaplah.... astaghfirullah hal azzim......

syukran kerana membaca dan semoga mendapat sesuatu

Wednesday, February 17, 2010

poco-poco perlu diharamkan...?!!!!

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

siapa kita, dari mana kita dan kemana akhirnya

persoalan pertama "siapa kita?"

kita adalah manusia
kita adalah penganut agama ISLAM
kita adalah muslim
kita adalah muslim yang beriman(mukmin)
kita adalah mukmin yang beramal

"ALLAh tidak menciptakan sia-sia, ALLAh juga tidak mencipta kita hanya untuk berzikir kerana malaikat itu terbaik dalam ibadah kepada NYA"

pernah kita terfikir persoalan ini yang mungkin boleh menybabkan kita berfikir semula tujuan kehidupan kita..........

" ALLAh mencipta kerana 2 perkara beribadah dan menjadi khalifah dalam dunia fana"

mungkin tak perlu di huraikan perkara ubadah kerana pelajar malaysia ini telah banyak belajar ibdadah dalam matapelajaran PAI cuma amalan tu tanya diri ye.......

penekanan disini adalah menjadi khalifah di muka bumi....

jika kita lihat sejarah pun, Rasulullah pun tidak berhenti berdakwah sehingga ke saat ajal nya tiba....bersusah payah sehingga di caci,di baling batu malah diseksa

so, nak masuk syurga ni tidak cukup dengan ibadah dan kebaikan dalam diri sahaja, tapi mengajak orang lain melakukan kebaikan.......

persoalan kedua "dari mana kita?"

jasad manusia diciptakan dari tanah....
roh kita ditiup oleh ALLAH sendiri...

ketika malaikat izrail mengambil tanah dari bumi, bumi menangais tidak mahu menjadi bahan membuat manusia.....
kerana mereka tahu, manusia hanya akan menimbulkan kerosakan pada bumi...
tapi ALLAH lebih MAHA MENGETAHUI........

ketika mana roh ditiupkan pada diri kita, kita sudah berjanji untuk mendaulahkan kalimah LAILAHAILLALLAH

persoalan ketiga "kemana akhirnya kita"

persoalan yang amat penting,
malah mungkin digeruni bagi hati, cintanya bertakhta untuk keindahan dunia!!!!!!

akhirnya kita akan kembali kepada asal usul kita...

jasad kembali pada tanah
ruh pula kembali pada ALLAh
kita akan berhimpun tanpa pakaian seperti mana kita dilahirkan

hidup kita di dunia haruslah sibuk mencari bekalan yang akan membawa ke suatu yampat yang infiniti tempoh masa nya

marilah sahabat ku......
kita sama berfikir semula tentang hidup ini....
wassalam

Saturday, January 2, 2010

istighfarlah duhai sahabat

salam sahabat

sudah kah kita menyambut tahun baru???

malam 31/12/09

semoga sambutan kita itu mendapat maghfirah dari allah

dengan memenuhi malam tersebut dengan

ibadah, doa, zikrullah, dan azzam

untuk menjadikan kehidupan di tahun 2010 lebih baik

sudah kah kita lihat tentang apa yang berlaku di tempat-tempat awam?

yaa.....memang betul hanya sekadar melihat bunga api!!!!!!!

salahkah mereka?

salahkah meraikan tahun baru?

tidak!!!!! tentu sekali tidak salah

boleh diri ini bertanya semula?

salah tak kalau kita berhibur tidak kene tempatnya?

salah tak kalau berhimpitan dengan lain jantina atas perkara yang masih dapat dielakkan?

salah tak kalau keluar dating ngan laki?

salah tak kalau melakukan sumbang mahram????????????

so,

tepuk dada tanya iman mu sahabat

bukan diri ini nak menipu semua pembaca

tapi itulah realiti yang terjadi................

apa makna nya maruah bagi mereka???????????

lihatlah

hari pertama tahun baru sahaja sudah hancur

terlibat dengan maksiat, zina....................

bagaimana hari seterusnya................

wahai anak gadis,

dimana letaknya malu mu itu???????????????

dimana pergi sopan santun mu itu?????????????

dimana pergi maruah mu itu???????????

dimana??????????????

wahai pemuda gagah,

dimana kau campak kegagahan mu??????????

dimana kau camapak keegoaan mu?????????

dimana kau sebagai pelindung kaum hawa???????

tanya lah diri itu............

diriku tidak perlu jawapan

cuma kesedaran setiap sahabat pembaca...............

" bertaubat lah kepada allah; sesungguhnya jika seorang hamba itu datang dengan penuh kekotoran kerana dosa kepada allah dengan bersungguh2x, allah akan ampunkan dosanya,
dan hamba itu pulang seperti kain putih, seterusnya, hamba itu datang lagi seperti keadaan semalam allah pasti akan pulangkan nya dalam keadaan putih bersih."

sedarilah diri ini dan sahabat bahawa, allah itu maha penyayang maka mintalah ampun darinya sebelum terlambat........................

Friday, January 1, 2010

peringatan buat kita

" jangan kamu membuka aib orang lain, ingatlah, allah akan membuka aib mu walaupun dirumah mu sendiri"

ni ade la cerita sikit pasal hadis kat atas;

seorang wanita ini
dia bekerja di rumah seseeorang nih

tuan rumahnya amat sibuk
jadi dialah yang selalu di rumah

keboringannya yang melampau
menyebabkan hatinya tertumpu kepada kejahatan
jadi dia pun..........
guna kan telefon rumah

bile tuan rumah ni nak bayar
tengok bil RM1114
tekejut beruk la tuan rumah ni

tuan rumah tu pun balik rumah
tanya wanita tu,
emmm,
biasalah

bila hati dah nak jadi jahat, semua nye akan jahat,...
menipula plak
kata tak pernah guna

jelas terbukti pu
tak nak ngaku lagi
tak paham la manusia macam ni

tuan rumah ni punya la baik
mase wanita tu sorang2
tuan rumah ni
hantar lakat umah kengkawan dia
supaya tak boring lagi

rupenye,
mulut manusia kan
menyebar fitnah pulak
dia kata tuan rumah amik duit dia,
macam2 lagilah.............

kawan 2 tuan rumah ni
antara caya atau tidak
so,
kengkawan tuan rumah tu tanye la
kantoi menipu.........

mase kantoi tu plak
ramai kat rumah tuan rumah tuH.............

memang malu giler la wanita tu
tak tahu nak letak kat ne muka
malam tu jugak la wanita tu
mintak maaf

tapi ye lah,
bukan segala masalah yang timbul tu bleh selesai ngan maaf kan
tapi ingatla allah bagi tu yang terbaik..............

"allah akan menguji hambanya, selagi mana dia mampu"
" allah menguji hambanya kerana allah maha penyayang"
" jangan pernah berputus asa dengan alla, jangan pernah lupe untuk sentiasa mengingati allah"

selamat menjalani kehidupan sebagai hamba allah yang bersyukur