salam persahabatan dan perkenalan

salam ukhwah buat sahabatku,

jazakallah kerana membaca apa yang tertulis di cahaya pembukaan ini

semoga antum akan mendapat keberkaan dari secebis ilmu ALLAH yang maha agung...

semoga kita dapat melihat bahawa ilmu dan kehebatan ALLAH iu tidak terbatas oleh manusia

akhirnya menyedari kita hanya hamba yang kedil dan hina

dan bertaubat akan kesalahan yang kita lakukan hari-hari kehidupan

insyaallah syurga kan menunggu kita semua......

amin ya RABB......

my beloved family

my beloved family

Wednesday, February 17, 2010

poco-poco perlu diharamkan...?!!!!

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

siapa kita, dari mana kita dan kemana akhirnya

persoalan pertama "siapa kita?"

kita adalah manusia
kita adalah penganut agama ISLAM
kita adalah muslim
kita adalah muslim yang beriman(mukmin)
kita adalah mukmin yang beramal

"ALLAh tidak menciptakan sia-sia, ALLAh juga tidak mencipta kita hanya untuk berzikir kerana malaikat itu terbaik dalam ibadah kepada NYA"

pernah kita terfikir persoalan ini yang mungkin boleh menybabkan kita berfikir semula tujuan kehidupan kita..........

" ALLAh mencipta kerana 2 perkara beribadah dan menjadi khalifah dalam dunia fana"

mungkin tak perlu di huraikan perkara ubadah kerana pelajar malaysia ini telah banyak belajar ibdadah dalam matapelajaran PAI cuma amalan tu tanya diri ye.......

penekanan disini adalah menjadi khalifah di muka bumi....

jika kita lihat sejarah pun, Rasulullah pun tidak berhenti berdakwah sehingga ke saat ajal nya tiba....bersusah payah sehingga di caci,di baling batu malah diseksa

so, nak masuk syurga ni tidak cukup dengan ibadah dan kebaikan dalam diri sahaja, tapi mengajak orang lain melakukan kebaikan.......

persoalan kedua "dari mana kita?"

jasad manusia diciptakan dari tanah....
roh kita ditiup oleh ALLAH sendiri...

ketika malaikat izrail mengambil tanah dari bumi, bumi menangais tidak mahu menjadi bahan membuat manusia.....
kerana mereka tahu, manusia hanya akan menimbulkan kerosakan pada bumi...
tapi ALLAH lebih MAHA MENGETAHUI........

ketika mana roh ditiupkan pada diri kita, kita sudah berjanji untuk mendaulahkan kalimah LAILAHAILLALLAH

persoalan ketiga "kemana akhirnya kita"

persoalan yang amat penting,
malah mungkin digeruni bagi hati, cintanya bertakhta untuk keindahan dunia!!!!!!

akhirnya kita akan kembali kepada asal usul kita...

jasad kembali pada tanah
ruh pula kembali pada ALLAh
kita akan berhimpun tanpa pakaian seperti mana kita dilahirkan

hidup kita di dunia haruslah sibuk mencari bekalan yang akan membawa ke suatu yampat yang infiniti tempoh masa nya

marilah sahabat ku......
kita sama berfikir semula tentang hidup ini....
wassalam