salam persahabatan dan perkenalan

salam ukhwah buat sahabatku,

jazakallah kerana membaca apa yang tertulis di cahaya pembukaan ini

semoga antum akan mendapat keberkaan dari secebis ilmu ALLAH yang maha agung...

semoga kita dapat melihat bahawa ilmu dan kehebatan ALLAH iu tidak terbatas oleh manusia

akhirnya menyedari kita hanya hamba yang kedil dan hina

dan bertaubat akan kesalahan yang kita lakukan hari-hari kehidupan

insyaallah syurga kan menunggu kita semua......

amin ya RABB......

my beloved family

my beloved family

Friday, May 23, 2008

Luahan anak yang merindui keluarganya

Pagi tu, aku menelefon ibu bapaku untuk menyatakan kepulangan ke rumah pada 8 februari. Aku dapat merasai kegembiraan ibu dan bapaku apabali menyatakan kepulanganku pada hari tersebut menerusi telefon awam dihadapan kantin sebentar tadi. Setelah selesai menelefon mereka, aku bergegas ke kelas ku kerana waktur rehat hampir tamat. Ketika kami sedang rancak belajar subjek kimia, tiba-tiba...namaku dipanggil oleh Penolong Kanan HEM, cikgu Firdaus yang berdiri dihadapan pintu kelas ku yang bercat maroon. Aku hampir tersentak. Didalam hatiku terasa resah."mengapa namaku dipanggil?!!!!!!!! Rasanya selama ini aku tidak pernah melakukan disiplin yang besar... emmm...mungkin ada..

Cikgu Firdaus diam seribu bahasa.Rasa membuak-buak ingin menanyakan apa masalahnya sehingga ku dibawa keluar dari ke sekolah tanpa mengetahui arah tujunya, kuelakkan apabila melihat raut wajahnya yang sperti memikirkan pelbagai masalah yang besar menghantuinya. Kereta toyota Unsr terus meluncur laju diatas jalan raya yang lengang tanpa kereta. Perasaanku bercampur-baur, semuanya tidak kena. Seketika aku terkedu. Mengapa Cikgu Firdaus membawaku ketempat yang tak pernah ada kaitan dalam hidupku?!! Aku tertanya-tanya. Fikiran ku berkecamuk, serabut penuh segala-galanya, sukar untuk diterjemah dan ditafsirkan. Otakku dapat diumpamakan seperti gunung berapi yang sedang meluap-luap, tidak lama lagi kan memnutahkan lavanya yang panas membakar bisa meragut banyak nyawa. Aku memberanikan diri untuk bertanya sebabnya,"Cikgu, kenapa saya dibawa kesini. Ke tempat yang langsung tiada kaitan dengan saya....Cikgu...cikgu!!!!!!!!!" Aku sedikit meninggikan suara, walau kutahu itu perbuatan yg kurang sopan tetapi kerana ikukan hati ni apa sahaja boleh kulakukan. Aku berhenti, tetapi Cikgu Firdaus terus berlalu pergi. Aku mengejarnya.

Aku memandang Cikgu Firdaus dengan seribu satu persoalan. Cikgu Firdaus memberhentikan langkahnya. Cikgu menyuruhku memandang ke hadapan dengan menggunakan isyarat tangan...
Aku menuruti perintahnya. Aku terkedu. Ibu dan ayah keluar dari tempat perbicaraan bersama peguam yang mengiringi mereka keluar dari bilik itu. Apakah musibah yang menimpaku kini. Aku cuba buang segala tanggapan negatif ku ketika itu pada mereka.

Aku terus berlari ke arah ibu dan ayahku. Aku memeluk mereka berdua. Aku melepaskan pelukan mereka yang telah meredakan perasaanku. Aku kuatkan hati, lalu bertanyakan apa yang telah terjadi, "Ibu... ayah... sandiwara apakah ini?" Ibu dan ayah tunduk membisu. Peguam itu memecah keheningan, "bersabarlah...dik". dalam keadaan yang terketar-ketar dengan tangisan, ibu menyatakan semua yang terjadi. Aku terduduk di lantai mozek itu."Ya Allah mengapa kau beri ujian yang sangat getir bagi diriku yang masih belum mengetahui apa-apa tentang dunia kehidupan dalam masyarakat. Mengapa kau berikan ujian sebegini, sedangkan kau tahu aku akan mengambil ujian pada tahun ini...Aku tak kuat untuk menjalani segala ini. Aku tidak pernah terfikir peristiwa ini akan berlaku pada keluargaku yang bahagia selama ini. Ya Allah mengapa kau pisahkan mereka. Berikan lah aku kekuatan untuk aku menempuhi ujian yang kau berikan padaku.

Selama kehidupan aku sebagai pelajar sekolah menengah, aku tinggal bersama keluarga Cikgu Firdaus. Mereka menganggapku seperti anak mereka sendiri. Anak-anak Cikgu Firdaus, Adlyna dan Nia, kedua-duanya menerima aku seperti kakak mereka sendiri. Aku bahagia bersama mereka. Akhirnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)ku dikeluarkan. Aku terpilih menjadi pelajar SPM terbaik pada tahun itu. Aku benar-benar bersyukur kepada Ilahi."Mungkin inilah hikmahnya kesempitan yang menghantui diriku selama ini dibalas dengan kejayaan yang amat besar. Tetapi kan lebih bahagia jika kedua orang tuaku bersama-sama menerima kejayaanku ini", detik hatiku.Itulah Allah Maha Adil. Allah tak akan menguji kita jika kita tak mampu menghadapi sesuatu masalah itu.Pada suatu hari, ketika aku sedang sibuk menyiram pokok bunga di halaman rumah...tiba-tiba seeorang memberi salam dari pintu pagar. Aku bergegas ke pintu pagar untuk melihat siapakah orangnya. Rupa-rupanya posmen. Dia memberikan aku satu kotak yang berbalut dengan kertas hadiah berwarna lavender. Aku melihat nama siapa yang tertera..........." Kepada anakku, Nurul yang amat dirindui. dari ibu yang merindui" Aku menjerit keriangan"Ibu........"Cikgu Firdaus dan keluarganya meluru kearahku"mengapa Nurul?" tanya isteri Cikgu Firdaus, Nadhira. Dalam tangisan ku menceritakan segalanya. Dalam kegirangan itu aku amat bersyukur kerana aku masih mendengar khabar ibuku.

"Alhamdullilah"itulah kata yang tersimpul dari Puan Nadhira sambil memelukku yang masih terduduk dihadapan pintu itu. Aku mengambil wudhu'dan terus menyempurnakan sujud syukur. Lama juga ku di sejadah. Aku berharap akan dipertemukan kembali bersama ibu dan ayahku. Dan membina semula mahligai indah dahulu.

Setelah aku berjaya mencapai cita-citaku sebagai seorang doktor...akhirnya aku berpindah dari rumah aku sendiri. Bagiku tidak perlulah aku bergantung pada keluarga orang lagi, bila dah boleh berdiri atas kaki sendiri. Apapun aku akan melawat mereka jika tiada aral melintang. Suatu hari aku berjalan-jalan di pasar malam untuk membeli ayam percik makanan kesukaan keluarga Cikgu Firdaus untuk dibawa kerumah mereka. Ketika aku sedang sibuk menunggu untuk membayar ayam percik tersebut, tiba-tiba aku terdengar"Anakku..Nurul.!!!" Aku terdengar suara itu. Mirip suara ibuku. Aku mencari arah suara itu. Aku mencari dan terus mencari ibuku. Lama-kelaman suara itu semakin menghilang. Ditenggelami oleh keriuhan orang ramai di pasar malam itu. Aku berasa teramat hampa. Dalam hatiku aku kuatkan semangat bahawa aku akan menemui mereka suatu hari. InsyaALLAh doaku akan termakbul suatu hari..
AMIN................................

No comments: