ku coretkan madah ini
buat insan istimewa segenap hidupku,
banyak benar yang telah dia korbankan
untuk kebahagian diriku,
itulah insan yang pertama yang aku kenali,
dari mulanya aku melihat dunia.
IbU,
kau bagaikan permata didasar laut.
bersinar bergemerlapan,
kau ibarat bunga mawar,
sesegar embun dinihari,
kau bak purnama,
menerangi malam yang gelap gelita,
kau umpama sang matahari,
yang sanggup membakar demi kesenangan insan sekeliling.
iBu,
kasih sayangmu tiada tandingannya,
kau amat tabah menghadapi dugaan,
menolak segala kerumitan yang mendatang,
demi mengecapi keluarga bahagia,
kau sanggup berkorban demi anak-anakmu,
walaupun kau tak mampu menuruti segala kemahuan mereka,
tetapi atas dasar kasih sayang seorang yang bergelar ibu,
kau tetap melakukannya.
ketika aku jatuh tersungkur,
disitu kau ada untuk menghulur tanganmu, menyambutku
dikala aku berputus asa ,
kau tiupkan semangat yang ada dalam dirimu kepadaku,
semasa aku bersedih mengenang nasib diriku,
kau datang memelukku dengan erat.
Ibu,
Engkau segalanya bagi kami,
tanpa kehadiranmu, aku tiada disini,
Darinya aku lahir kau telah sempurnakan hari-hariku
dengan ilmuyang berguna,
iBu
dikala ini,
jika kau masih disisi ku,
akanku turuti perintahmu,
akan aku memperlihatmu semua ilmu yang kau ajar dulu,
dan kejayaanku sebagai graduasi IPT yang disanjungi.

1 comment:
salam ziarah~
Post a Comment