bismillahirrahmanirrahim
buat pembaca semua,
pada hari rabu yang lepas,
pukul 1.30malam
rumah ana dimasuki beberapa perompak...
alhamdulillah panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi keselamatan nyawa kami sekeluarga....tiada kemalangan jiwa mahupun dicederakan...
pada malam itu kami amat penat kerana baru pulang dari destinasi yang agak jauh...
tanpa berfikir panjang sebaik selesai menunaikan solat isya'
ana dan ibu ana tidur di ruang tamu, ayah ana diatas...
dengan perasaan yang amat penat, harapan tidur awal boleh memberi kesegaran pada keesokannya,
tapi kita hanya mampu merancang, tetapi segalanya ketentuaan ALLAH,
rumah kami dimasuki perompak,
menganmbil telefon bimbit ana dan ibu ana, laptop dan wallet...
sambil membawa parang yang kiranya tajam,
perompak tersebut cuba mengancam ibu ana,
tapi ALLAH itu maha BErKuasa...
parang itu tidak menyentuhi kulit tipis ini walau sedikitpun....
alhamdulillah...
trauma nya masih berbekas sehingga sekarang...
semoga antum yang membaca post ini mendoakan keselamatan kami sehingga akhir hayat..
kami menyedari mungkin kami terlalu leka lalu ALLAH memberikan ujian untuk kami sama ada kami masih mengharapkan pertolonganNYa atau sebaliknya...
pada malam itu sebelum kami tidur kami ada membaca surah yassin, mungkin ayat itulah yang menjaga kami...
bila dikenang kembali bagaimana kehidupan mereka di gaza,palestin..
pasti lebih teruk traumanya, tetapi misi hidup untuk menggapai syurga ALLAH itu telah tertanam di lubuk hatinya dari kecil. kekejaman manusia yang kami lalui pada malam itu mungkin hanya satu peratus kekejaman rejim zionis menyerang penduduk gaza..
semoga mendapat sesuatu kebaikan darinya,
dikala semua manusia berkiblatkan nafsu dan amarah,
kiata para daie jangan terikutkan mereka,
marilah kita terus memperjuangkan islam dengan kasih sayang.....
SAKSIKAN X-PERT KRJ 2009/MELAKA
14 years ago
2 comments:
alhamdulillah x da pa2..
cmne perompak bleh masok??em..apapun apa yg dh jadi ada hikmah d sebaliknya..
tyme kaseh
doakan keselamatan kami yerr..
selamat pulang ke sekolah k..
Post a Comment