salam persahabatan dan perkenalan

salam ukhwah buat sahabatku,

jazakallah kerana membaca apa yang tertulis di cahaya pembukaan ini

semoga antum akan mendapat keberkaan dari secebis ilmu ALLAH yang maha agung...

semoga kita dapat melihat bahawa ilmu dan kehebatan ALLAH iu tidak terbatas oleh manusia

akhirnya menyedari kita hanya hamba yang kedil dan hina

dan bertaubat akan kesalahan yang kita lakukan hari-hari kehidupan

insyaallah syurga kan menunggu kita semua......

amin ya RABB......

my beloved family

my beloved family

Friday, June 11, 2010

cabaran itu keindahan yang diciptakan

bismillahirrahmanirrahim

buat pembaca semua,
pada hari rabu yang lepas,
pukul 1.30malam

rumah ana dimasuki beberapa perompak...
alhamdulillah panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi keselamatan nyawa kami sekeluarga....tiada kemalangan jiwa mahupun dicederakan...

pada malam itu kami amat penat kerana baru pulang dari destinasi yang agak jauh...
tanpa berfikir panjang sebaik selesai menunaikan solat isya'
ana dan ibu ana tidur di ruang tamu, ayah ana diatas...

dengan perasaan yang amat penat, harapan tidur awal boleh memberi kesegaran pada keesokannya,
tapi kita hanya mampu merancang, tetapi segalanya ketentuaan ALLAH,
rumah kami dimasuki perompak,
menganmbil telefon bimbit ana dan ibu ana, laptop dan wallet...
sambil membawa parang yang kiranya tajam,
perompak tersebut cuba mengancam ibu ana,
tapi ALLAH itu maha BErKuasa...
parang itu tidak menyentuhi kulit tipis ini walau sedikitpun....
alhamdulillah...

trauma nya masih berbekas sehingga sekarang...
semoga antum yang membaca post ini mendoakan keselamatan kami sehingga akhir hayat..

kami menyedari mungkin kami terlalu leka lalu ALLAH memberikan ujian untuk kami sama ada kami masih mengharapkan pertolonganNYa atau sebaliknya...
pada malam itu sebelum kami tidur kami ada membaca surah yassin, mungkin ayat itulah yang menjaga kami...

bila dikenang kembali bagaimana kehidupan mereka di gaza,palestin..
pasti lebih teruk traumanya, tetapi misi hidup untuk menggapai syurga ALLAH itu telah tertanam di lubuk hatinya dari kecil. kekejaman manusia yang kami lalui pada malam itu mungkin hanya satu peratus kekejaman rejim zionis menyerang penduduk gaza..

semoga mendapat sesuatu kebaikan darinya,
dikala semua manusia berkiblatkan nafsu dan amarah,
kiata para daie jangan terikutkan mereka,
marilah kita terus memperjuangkan islam dengan kasih sayang.....

2 comments:

لئيبة said...

alhamdulillah x da pa2..
cmne perompak bleh masok??em..apapun apa yg dh jadi ada hikmah d sebaliknya..

nurul fatihah amir said...

tyme kaseh
doakan keselamatan kami yerr..
selamat pulang ke sekolah k..